Isnin, 5 Oktober 2009

Apakah hukum sebenar perkahwinan dalam islam??

Perkahwinan menurut pengertian istilah ialah suatu ikatan yang berlaku melalui akad yang menggunakan perkataan kahwin di antara pasangan lelaki dengan permpuan yang sah kahwin bagi mengharuskan pergaulan di antara mereka dan menghalalkan persetubuhan yang haram sebelumnya.Dalam ertikata lain,perkahwinan juga ialah satu proses ikatan yang kukuh di antara lelaki dengan permpuan yang sah kahwin melalui akad perkahwinan untuk hidup bersama dan membolehkan perkara yang tidak halal sebelumnya.




Menurut hukum asal,perkahwinan adalah sunat.Namun begitu, hukum tersebut berubah mengikut keadaan seseorang,iaitu:

  • Wajib untuk mana-mana lelaki yang mempunyai kemampuan dari segi nafkah zahir dan batin,sihat tubuh badan dan mereka yang ditakuti akan terjerumus ke lembah maksiat serta perbuatan zina sekiranya tidak berkahwin.
  • Sunat bagi lelaki yamg mempunyai kemampuan dari segi nafkah zahir dan batin serta sihat tubuh badan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin.Walaupun begitu mereka tidak dikhuatiri terdorong dirinya ke lembah maksiat dan zina kerana mereka dapat mengawal diri.
  • Harus berkahwin bagi sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa sebab yang mendorong mereka berkahwin dan tidak ada sebab yang mengharamkan mereka daripada berkahwin.Harus berkahwin juga bagi mereka yang berkemampuan tetapi tiada lagi keinginan untuk mendirikan rumahtangga.
  • Makruh bagi mana-mana lelaki yang tidak mempunyai kemampuan dari segi nafkah zahir untuk menyara bakal isterinya,namun mereka mempunyai nafsu dan keinginan untuk berkahwin.
  • Haram bagi mereka yang tidak mempunyai kemampuan dari segi nafkah zahir dan batin, atau dengan berkahwin itu berniat untuk menzalimi dan mengniayai perempuan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya engkau akan selamat".

Selain itu,Nabi juga menggalakkan umatnya mengahwini dan memilih wanita yang bersifat lemah-lembut,penyayang dan dapat melahirkan anak,sebagaimana hadith Baginda yang bermaksud:

"Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak,sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai."
Nabi juga menggalakkan seseorang perempuan itu supaya memilih bakal suami yang berakhlak mulia,beradab,beragama,mempunyai harta dan berketurunan mulia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan